Belanja Semakin Tinggi Kerana GST

Setelah beberapa hari GST dilaksanakan, dapat dilihat ramai yang masih belum faham atau keliru. Saya sendiri tidak terkecuali dalam perkara ini. Bukan itu sahaja, pihak peniaga pun ramai yang cuba mengambil kesempatan diatas perlaksanaan GST ini

Para peniaga yang tidak jujur ini mengecas GST kepada pelanggan mereka walaupun mereka mendaftar untuk GST dan mereka menggunakan resit bertulis untuk mengecas GST. Entah berapa banyak yang telah ditipu dan mungkin sekarang mereka lebih memahami GST.

Kekeliruan ini semua berlaku kerana kurangnya aktiviti penyedaran dan sebaran ilmu oleh pihak yang bertanggungjawab mengenai GST kepada rakyat. Sebaran ilmu lebih kepada apa barang yang dikenakan GST dan apa yang tidak. Yang lain mungkin ada disebarkan tetapi tidak sampai ke sasaran.

Sekarang setiap kali membeli belah, pasti akan berkira-kira. Risau dan khuathir duit tidak sampai ke hujung bulan. Hampir setiap barang dibeli akan ditambah 6 peratus. Kes paling klasik adalah tambah nilai telefon bimbit. Kalau dulu kita bayar RM10.00, kita dapat kredit berjumlah RM10.00. Sekarang, kita perlu bayar RM10.60 untuk mendapatkan kredit RM10.00. Ini belum lagi RM30.00 atau RM50.00. Sudah tentu jumlah cukai yang perlu dibayar lebih besar.

Tak lama lagi RM10.00 akan menjadi seperti duit sepuluh sen. Nak beli gula batu pun tak mampu apatah lagi untuk membayar memasuki tandas awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge