Bencana Banjir Di Sarawak 2015

Kalau sebelum ini, kita kasihan melihat mangsa banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia, sekarang Sarawak pula menghadapi bencana banjir. Ramai yang kehilangan tempat tinggal, harta benda dan diharap tiada nyawa yang melayang.

banjir di sarawak

Ini Kampung Jemoreng di Mukah. Air naik dengan tinggi. Walaupun tidak seteruk yang berlaku di Semenanjung Malaysia, tapi bencana alam dan banjir seperti ini amat menyukarkan kehidupan seharian dilakukan.

Selain di Mukah, Daerah Limbang terkena dengan teruk. Sudahlah terletak diantara Negara Brunei, menyebabkan kesukaran bantuan dihantar melainkan melalui penerbangan. Petrol terpaksa dihadkan untuk setiap kereta kerana bekalan yang berkurangan. Lain-lain tempat adalah di batu Kitang Kuching, yang merupakan antara tempat pertama banjir pada masa ini.

Di atas adalah satu video di Pusa. Air memang naik dengan tinggi dan deras. Ini membahayakan pemandu-pemandu yang cuba menaiki feri berkenaan.

Berhati-hati lah semasa banjir ini. Adalah dimaklumkan bahawa minggu ini adalah minggu di mana berlaku King Tide. Harap tiada apa yang berlaku lagi yang mampu mengulangi banjir yang teruk seperti pada tahun yang dulu.

Mungkin sekarang ramai yang menunding jari untuk menunjukan salah siapa dan sebagainya yang menjadi punca banjir ini. Kita keluarkan ego kita, bantu mangsa terlebih dahulu. Bila semua sudah selesai, barulah kita berbincang untuk menyelesaikan masalah banjir ini supaya tidak berlaku lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge