Esok Permulaan GST (Goods And Services Tax)

GST

Esok merupakan tarikh keramat bagi rakyat Malaysia. Setelah lama melihat, membaca dan cuba memahami, akhirnya GST (Goods And Services Tax) akan mulai dilaksanakan esok. Apakah impak perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebanyak 6 peratus ini kepada rakyat Malaysia? Adakah ianya akan membebankan ataupun mungkin tiada perubahan yang berlaku?

Kalau dilihat di media sosial, ramai juga rakyat yang membantah. Tetapi apakan daya, perlaksaan tetap akan diteruskan esok. Mana mungkin akan berlaku perubahan dalam beberapa jam lagi. Itu amatlah mustahil melainkan berlakunya keajaiban.

Nak tak nak, kita wajib mengadapatasikan diri kita dalam meredah cabaran yang bakal kita terima dari GST ini. Antara yang mungkin akan saya lakukan adalah

1. Menanam sayur di belakang rumah.

Sekurang-kurangnya tidak perlu membeli sayur yang banyak dari pasar. Tanam dua ke tiga jenis sayur. Adalah jugalah pilihan kita. walaubagaimanapun, ini mungkin sesuai bagi mereka yang tinggal di rumah yang mempunyai tanah. Tapi bagaimana pula mereka yang tinggal di flat. Boleh tanam guna pasu mungkin?

2. Membeli mengikut keperluan

Kesemua benda lain seperti telefon baru, tv baru, baju baru atau lain-lain makanan yang bukan merupakan asas tidak perlu beli lagi. Kalau dibeli pun mungkin hanya untuk anak-anak. Kita yang dewasa tidak perlu makan benda manis dan sebagainya. Kalau telefon rosak, beli saja telefon yang murah. Tak pun pergi cari yang second hand. Pentingkan membeli barangan seperti susu anak, barangan dapur, lampin, kelengkapan sekolah anak.

3. Tutup Astro

Siaran Astro dah boleh tutup. Ia tidak mendatangkan faedah kepada ekonomi sendiri dan negara. Malah membebankan. Lagipun bukan dapat tengok siaran waktu hujan, malah siarannya berulang-ulang. belanja sekali untuk beli Njoi. Kalau tidak beli sahaja parabola. Banyak siaran dapat dilihat.

4. Menyimpan dan Melabur

Setiap sen yang kita dapat kita simpan. Tak perlu belanja melainkan untuk keperluan. Sekali sekala boleh juga berbelanja untuk menghiburkan hati keluarga. Dapat juga merapatkan silaturahim bersama keluarga. Simpan, simpan dan simpan. kalau kena buat pinjaman hanya meminjam untuk beli rumah sahaja. Kalau ada keperluan beli kereta belilah. Pinjaman peribadi tak perlu. Buang masa, buang duit sahaja.

5. Mencari pendapatan sampingan

Kalau ada idea berniaga, pergilah. Jual makanan di pasar malam. Berniaga di Facebook, berniaga di pasar tani, burger dan sebagainya. Dapat juga menambah pendapatan.

6. Rajin sembahyang

Minta restu dari tuhan biar dipermudahkan cabaran yang kita terima. Tanpa restunya, siapalah kita.

Akhir kata, senantiasa tawar harga yang murah bila membeli barangan. kalau peniaga tak mahu beri, pergi sahaja. Masih banyak tempat lain yang menjual benda yang sama. Hargailah duit anda walau satu sen sekalipun. Inilah era baru, inilah era GST.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge