Kesukaran Membuka Akaun Simpanan Maybank

Baru sebentar tadi, isteri saya pergi ke Maybank untuk membuka akaun simpanan Maybank bagi pakcik dia yang sudah agak berumur. Kalau dulu memang mudah tetapi sekarang semakin sukar dan banyak syarat-syaratnya. Akhirnya tujuan terpaksa dilupakan.

akaun maybank semakin ketat

Mungkin ada yang memberikan alasan bahawa faktor umur menyebabkan banya syarat yang dikenakan. Ya ada betulnya juga kalau kita fikirkan. Dia sudah berumur dan sudah tidak bekerja. Dia tidak memberikan sebarang pendapatan Maybank dan bukan merupakan aset bagi Maybank. Nak diberi kemudahan pinjaman pun tidak layak, apatah kad kredit dan sebagainya. Jadi tiada pendapatan, tidak berfaedah bagi Maybank.

Ada betul kah penjelasan saya?

Syarat yang dikenakan oleh Pegawai Maybank Sibu adalah perlu mengemukakan Penyata Gaji anak dia. Tanpa penyata gaji, dia tidak boleh membuka akaun simpanan di maybank.

Kenapa pula perlu membuka akaun simpanan sendiri tapi menggunakan penyata gaji orang lain? Saya kurang faham mengenai syarat-syarat ini. Tapi kalau ada yang faham, mohon memberikan penjelasan. Adakah ini juga berlaku di cawangan Maybank yang lain?

Saya telah email customer service Maybank mengenai perkara ini dan kita lihat apakah maklumbalas mereka mengenai perkara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge