Main Permainan Clash Of Clan

permainan clash f clan

Permainan Clash Of Clan sememangnya sangat popular. Ramai yang bermain game ini. Semalam aku cuba bermain dan nampak macam seronok. Dapat juga meluangkan masa semasa berehat berseorangan ataupun menanti giliran di bank dan sebagainya.

Dalam dua hari telah mencapai level 6. Seronok juga dapat pergi ‘berperang’, membina kubu perang, askar dan¬†sebagainya. Kubu saya sekarang adalah seperti gambar di atas dengan nama hujan panas. Sekarang keutamaan adalah untuk menaiktaraf semua ¬†yang ada sekarang sebelum menaiktaraf townhall supaya lebih teratur dan mudah untuk menaiktaraf di pada townhall yang lebih tinggi.

Mungkin ada yang mengatakan permainan clash of clan seperti ini cuma membuang masa dan tenaga sehingga ada yang mengalami keruntuhan rumah tangga, bergaduh dan anak-anak dibiarkan tanpa ditemani.

Permainan android coc

Bagi saya sebenarnya perkara ini tidak menjadi masalah. Masalah berlaku bila kita terlalu leka hingga kita tidak memberi keutamaan kepada perkara yang penting. Kalau perkara yang diutamakan didahulukan, saya rasa tiada masalah untuk bermain permainan online samada di komputer ataupun teleefon bimbit.

Jangan biarkan diri dikawal oleh permainan clash of clan seperti ini tetapi sepatutnya kita yang mengawalnya. Kita kawal hidup kita, kita tentukan hala hidup kita dan bukan permainan clash of clan ini.

Kelalaian yang berlaku seperti pada permainan clash of clan juga berlaku pada pemain tegar Facebook, Instagram dan lain-lain media sosial. Ingatlah kehidupan yang sebenarnya bukan pada internet. Tapi pada masyarakat di sekekeliling yang lebih dekat pada kita dan yang selalu berinteraksi dengan kita.

Sosial Media cuma merapatkan jurang yang jauh. Jangan pula yang jauh didekatkan dan yang dekat dijauhkan akibat permainan clash of clan ataupun sosial media. Gunakan dengan bijak dan dengan akal yang dikurniakan Tuhan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge