Menambah Pendapatan Dan Aset Dengan Pelaburan Yang Betul

image

Semua orang kenal ASB dan majoriti Bumiputera mempunyai akaun ASB. Ini merupakan satu pelaburan yang memberikan pendapatan yang paling konsisten. Ada yang melabur dengan membuat pinjaman, ada yang menyimpan setiap bulan, dan ada yang menyimpan bila ada duit lebih sahaja.

image

Selain ASB, salah satu pelaburan yang baik juga adalah emas. Buat masa sekarang harga emas dah turun sehingga menyebabkan skim pelabura  emas Pegasus Bullion (SCK) lingkup dan akhirnya bankrap. Tapi Syarikat Emas lain masih dapat bertahan dan cuma keuntungan sahaja berkurangan.

Saya dulu pun nak beli emas. Tapi manalah saya mampu beli. Kalau setakat RM200 ke RM300 tu boleh juga. tapi kalau beribu memang kurang mampu sebab perbelanjaan yang lain. Tapi disebabkan Public Gold ada Program GAP atau Gold Accumulation Program, saya pun ambil peluang beli emas satu gram setiap bulan. Culup 10 gram saya keluarkan untuk simpan sendiri. Sila rujuk web Public Gold untuk maklumay lanjut. Boleh juga rujuk laman web bank yang ada menawarkan pelaburan emas sepert Maybank, Kuwait Finance House dan lain-lain lagi.

image

Saya juga telah menyewa sebuah rumah yang dibeli beberapa tahun yang lalu. Ada baiknya disewakan kerana saya sekeluarga tidak tinggal di situ. Daripada dibiarkan kosong sahaja, baik disewa.

Sekarang dalam proses membaiki dan menyelenggara sebuah lagi rumah milik kami untuk disewa. Dapat juga tambah pendapatan disamping sewa rumah dapat membayar pinjaman rumah tersebut.

Buat masa sekarang sebuah rumah disewa dan sebuah lagi dalam proses untuk disewa. Dan kalau ada rezeki lagi, ada juga niat untuk membeli sebuah lagi rumah untuk disewa.

Ini merupakan antara pelaburan yang saya sertai. Terdapat juga niat untuk menyertai pelaburan saham tapi dengan ketiadaan pengetahuan dan mentor saya batalkan niat buat sementara waktu.Tapi saya pasyi dimasa depan saya akan mampu lakukan walaupun pada kadar yang sedikit.

Peluang pelaburan sentiasa ada di negara tercinta ini.Apa yang penting niat kita, pengetahuan, dan kegigihan kita. Asalkan kita tidak menyertai Skim Cepat Kaya.

p/s UFUN / UTOKEN adalah skim cepat kaya kan?

One thought on “Menambah Pendapatan Dan Aset Dengan Pelaburan Yang Betul

  1. Pingback: Kesukaran Membuka Akaun Simpanan Maybank | Hujan Panas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge