UFUN / UTOKEN Skim Cepat Kaya Dan Scam

KOMEN TENTANG UFUN DAN SEKUTU-SEKUTUNYA

1. Tiga orang ahli UFun telah datang ke pejabat saya dua hari lepas dan memberikan penerangan yang agak menyeluruh tentang UFun dan utoken. (Terima kasih kepada mereka.) Jadi sekarang saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya khabarkan kepada mereka setelah mendengar cerita mereka.

2. UFun menawarkan utoken yang merupakan sebentuk digital currency, yang boleh digunakan sebagai mata wang untuk membeli-belah dan sebagainya. Dan seperti currency yang fizikal (e.g. ringgit), nilai utoken boleh naik turun. Apabila nilai utoken naik, maka ‘pelaburnya’ akan buat duit tanpa apa-apa kerja. Itulah TEORINYA.

3. Malangnya, saya tak fikir teori ini akan menjadi nyata dalam kehidupan sebenar. More about this later.

4. Saya difahamkan yang UFun sekarang mempunyai 5 projek ‘perniagaan dan pelaburan’:

(a) UBTMall 
(b) JV Bangkok Marina di Thailand
(c) JV Projek Batu Marmar HanBaiYu di China 
(d) Uway TV 
(e) MOA dengan Carl Corryton Medical Centre

Saya difahamkan juga yang utoken diterima oleh beberapa kedai fizikal i.e. boleh beli barang/servis dengan utoken menggantikan cash.

5. Saya bermula dengan UBTMall. UBTMall ialah satu online mall dimana ahli boleh menjual beli produk sesama-mereka (barter trade). Jumlah produk yang ditawarkan melebihi 2,000 tetapi saya kurang percaya yang salesnya akan memberangsangkan.

Mengapa?

(a) Banyak produk yang ditawarkan nampak biasa-biasa saja; 
(b) Hanya ahli yang boleh membeli (orang luar perlu mendaftar sebagai ahli sebelum boleh beli); 
(c) Harga kebanyakkan produk pula lebih mahal jika dibandingkan dengan harga cash di luar.

Tiga sebab ini membuatkan saya kurang confident yang sales di UBTMall akan memberi keuntungan besar kepada syarikat.

6. Sebenarnya UBTMall adalah laman web gantian to a previous online mall –ufunstore.com. Tetapi sudah tentu ufunstore ini tidak berjaya kerana ianya sudah dimansuhkan oleh UFun.

7. Saya tidak terkejut mendengar yang operasi ufunstore dimansuhkan. Pertamanya, hanya ada 38,120 pelawat pada 5 Jan 2015. Laman web ini diset up pada tahun 2013. Bukankah ini satu fakta yang mencurigakan? Setelah lebih 2 tahun, baru ada 38,120 pelawat! Mind you, itu pelawat, bukan pembeli! Jumlah pembeli sudah tentu hanya segelintir kecil daripada jumlah ini. (Sebagai perbandingan, Fanpage saya yang baru setahun sudah ada 83,000+ likes (ehm, ehm)!)

8. Kedua: tinggal hanya beberapa produk yang ditawarkan di ufunstore sebelum ia dimansuhkan. Jenis dan kualiti produk tersebut pun menimbulkan banyak persoalan. Jadi tak hairanlah ianya dimansuhkan.

9. Write-up di ufunstore.com dan juga UBTMall juga mempunyai banyak grammar error. Walaupun grammar error itu bukan satu kesilapan besar tetapi ia menunjukkan kualiti syarikat tersebut. Kalau grammar pun silap, apatah lagi perkara yang lebih besar dan penting? (Sebagai perbandingan, adakah anda fikir Maybank, Sime Darby, Microsoft atau Apple akan membiarkan laman webnya penuh dengan grammar error?)

10. Sekarang JV Bangkok Marina pula (shareholding disebut 29%). Projek ini masih dalam pembinaan jadi UFun tidak mempunyai income daripada projek ini. (UFun menawarkan ahli untuk membeli share dalam projek ini jadi mereka mencuba untuk monetize pelaburan ini, yang jika tidaknya akan memakan masa untuk membawa untung. Tetapi usaha ini bermakna wang itu datang dari poket ahli, bukan daripada pelaburan tersebut.)

11. Saya difahamkan yang JV projek batu marmar di China menguntungkan. Tetapi berapa shareholding UFun kita tak tahu sebab tak disebut. (Saya suspek shareholding itu tak tinggi sebab itu mereka tak sebut!) Sebagai contoh, 1% pun shareholding juga tetapi sudah tentu dividen yang diterima hanyalah sedikit. Jadi berapa untungnya kita tak tahu.

12. Projek Uway TV dikatakan sudah beroperasi di Taiwan. Saya tak mendapat banyak informasi tentangnya kerana the few websites on it semuanya dalam bahasa Cina. Anyway, FB page Uway mempunyai hanya 3,788 likes as at 15 Jan 2015. This is not a good sign. Ini bermakna yang ianya tidak begitu popular! Jadi saya tak fikir projek ini akan membawa banyak keuntungan kepada ahli UFun.

13. Carl Corryton Medical Centre (CCMC) di Penang ialah a centre for Wellness and Beauty i.e. plastic surgery, orthopaedic-sports medicine and kidney/internal medicine. MOA ini membolehkan ahli membuat 30% bayaran dengan menggunakan utoken dan balance 70% dengan cash. Saya tak fikir yang ramai ahli akan melakukan plastic surgery di sini just because it is available.

14. Of course, adalah juga claim proposal-proposal yang power termasuk pembelian tiket kapal terbang dengan menggunakan utoken serta berita UFun mahu memulakan syarikat unit amanah di masa hadapan. Semua ini adalah claim proposal: mungkin jadi, mungkin tak jadi.

15. Setelah melihat video-video, membaca write-up dan mendapat keterangan tentang UFun, saya mempunyai serious reservations tentang operasi UFun. Mengapa? Read on.

16. Video utoken penuh dengan claim yang power tetapi menimbulkan banyak percanggahan dan persoalan. Banyak statement yang dibuat itu tak masuk akal atau bercanggah daripada satu ayat ke ayat yang lain.

Contoh 1: utoken mendakwa ianya diisu oleh Utokens Reserve Limited (whatever that means) with its independent international board members consist of bankers and manager (this is the actual write-up in the video which can mean: only 1 manager, or most likely, written by someone who is not exactly an expert in the English language!) tetapi tak sebut siapa mereka ini. Budak sekolah rendah pun boleh claim begitu sebab main cakap saja!

Contoh 2: utoken mendakwa mereka ada 22% rizab emas untuk setiap utoken yang diterbitkan tetapi siapakah yang mengauditkan claim ini? Again, budak sekolah rendah pun boleh claim begitu sebab cakap saja! Claim ini pun tak masuk akal sebab 1 utoken bernilai $0.26 (menurut write-up mereka sendiri). 22% of 26 cent is 5.7 cent. Mana ada emas yang dijual dengan harga 5.7 cent?

17. Ini baru video. Sebenarnya saya boleh menceritakan banyak lagi percanggahan fakta dan kesilapan dalam write-up mereka. 

To summarize, the write-up is written to impress people yang dia terer. All you need to know is some basics about money and investments to realize that they are talking crap!

18. Syarikat Bina Puri (public listed) telah mengeluarkan statemen yang mereka tidak ada link dengan utoken maupun apa-apa promosi oleh UFun. (Kaitan yang ada hanyalah JV Bangkok Marina.) Ini adalah satu tamparan besar, yang patut menjadi amaran kepada semua orang untuk berhati-hati dengan UFun.

19. Tiga bank yang disebut oleh UFun juga menaikkan rasa curiga yang teramat sangat.

(a) UDBP Bank (www.udbpbank.com) ialah bank yang beribu pejabat di Vanuatu. Bank ini di tubuhkan pada tahun 2013 and they proudly claim a grand total of 2 offices in the Asia-Pacific countries and territories!

(b) Banque de Development de Guinee S.A. (www.bdg-guinea.com) adalah ‘bank’ yang beribu pejabat di Republic of Guinea. I have serious reservation about a bank that has more information about the country than the bank on its website!

(c) Saya mempunyai masalah untuk mendapat makulumat tentang Nico Financial sebab ianya sebuah syarikat di Russia. Saya tak jumpa laman webnya; jika ada pun mungkin dalam bahasa Russia. Nyet!

Semua ini menambahkan rasa curiga saya akan UFun. Operasi UFun besar di Thailand; kenapa tak gunakan akaun di Bangkok Bank (bank terbesar di Thailand)? Operasi UFun juga besar di Malaysia; kenapa tak gunakan akaun di Maybank atau CIMB (2 bank terbesar di Malaysia)? Kenapa tak gunakan akaun di ICBC (bank terbesar di China dan juga di seluruh dunia)?

Mengapa oh mengapa mempunyai fasiliti banking di tempat jin bertendang?

20. Semua poin di atas memang sudah menimbulkan banyak tanda-tanya tentang operasi UFun. Tetapi poin yang paling mencurigakan saya ialah nilai utoken naik apabila jumlah ahli naik. Sebagai contoh, salah satu video utoken menerangkan yang apabila jumlah ahli mencapai 200,000 orang, nilai utoken split 2 daripada 0.40 jadi 0.20. (Rupa-rupanya dulu mereka gunakan terminologi ‘split’, sekarang mereka gunakan terminologi ‘dividen’. Dulu mereka gunakan jumlah ahli, sekarang mereka gunakan nilai utoken pula sebelum membayar ‘dividen’.) Proses ini berulang-ulang dengan penambahan ahli (at least in theory). Jadi makin ramai ahli, makin banyaklah jumlah utoken yang dimiliki oleh setiap ahli.

21. Tetapi INI BERMAKNA NILAI UTOKEN (AND THEREFORE WANG) ITU DATANG DARIPADA PENAMBAHAN AHLI, bukan daripada aktiviti-aktiviti lain termasuk jualan di UBTMall (terlalu sedikit) atau pelaburan (Bangkok Marina itu belum siap jadi tidak ada income yang masuk). Ini bermakna keseluruhan konsep utoken adalah songsang – WANG DATANG DARI POKET AHLI.

22. Jadi ahli UFun sekarang mendapat wang dan menikmati keindahan – kereta, percutian dan majlis makan – kerana wang itu datang daripada ahli baru dan tambahan belian utoken oleh ahli lama. UFun memang mempunyai banyak duit untuk dibelanja – termasuk memberi derma – kerana productnya virtual – tak perlu modal dan ahli mencurahkan wang ke dalam syarikat! The growth of 192% in value (from .374 in July to 1.093 in Oct) is PRIMARILY DUE TO THE INCREASE IN THE MEMBERSHIP. 

23. Sebenarnya banyak lagi poin yang boleh saya ketengahkan tetapi semua ini sudah cukup untuk membuatkan saya curiga akan operasi UFun. By the way and to be sure, I’m NOT SAYING that UFun is a scam. What I am saying is that I have serious reservations about UFun’s operations and sustainability.

24. Sebelum mana-mana pihak memberi komen, sila baca dulu post EXPOSE HELAH PENGUSAHA-PENGUSAHA SCAM bertarikh 14 Okt 2014, post IDEA BISNES PALING POWER bertarikh 15 Jan 2015 serta post-post tentang Pegasus Bullion dan Emas ETA untuk hiburan anda.

25. Tolong jangan kata saya tak boleh komen atau post apa-apa tentang UFun sebab saya tidak mempunyai utoken dan oleh itu tidak faham sistemnya. Saya juga tidak ‘melabur’ dalam Skim Pak Man Telo, Swisscash, Genneva, Pegasus Bullion atau Emas ETA tetapi semua yang saya komen tentang entiti-entiti ini betul belaka. (That’s 5 out of 5 correct, mind you.)

26. Saya juga berharap yang sesiapa yang nak buat komen to please keep it sane and mature. Making personal attacks are very childish. (Sebagai contoh, sila baca post bertarikh 8 Jan tentang komen bekas-bekas ‘pelabur’ Pegasus Bullion – they don’t look so civilized now.)

27. Conclusionnya? Saya mempunyai banyak reservations about UFun dan oleh itu tak akan dekat sebatu dengannya. Anda? Tepok dada, tanya selera. It is your money. You decide.

28. Akhir kata, sudah tentu saya boleh silap. Tapi takkan BNM juga silap? In case anda tak tahu, nama UFun ada tertera dalam blacklist BNM sejak 25/7/2014. Need I say anymore?

Copy Paste Facebook Azizi Ali

Apa pendapat anda pula?

10 thoughts on “UFUN / UTOKEN Skim Cepat Kaya Dan Scam

    • termasuk saya 2 org je yg memberi comment pendapat kamu?sebyk 54235 ribu views page anda tetapi cuba kamu tanya pada diri sendiri, kemana 50k view yg melihat blog anda..?tk kkn singahhhh je…komen ‘good’ pun takde ke?? klu mereka bersependapat dgn anda?ofcoz drpd 2komen devided by 54235views.oh man!! THE PERCENT SHOW THAT UR DICISION IS NOT MEET CRITRIA THAT U is Right…but.IS SHOW PEOPLE THAT U R WRONG…..maybe?hurm hurm…..ONLY becoz 3.687655572969485e-5(negatif) %!!!! oh ! better u check back the real life is not come from ur smarter or genius but its comes from ALLAH, u can think but u cannot smell. jamil yusoff.. 🙂

      • marah? hahaha . Adakah kesemua 50k view tersebut hanya melihat dan membaca artikel ini? Tepuk dada tanya selera.

        Apart from that, i am just asking opinion of others about this program. But your comment only show how shallow you are.
        Hujan Panas recently posted…Sakit LagiMy Profile

  1. Saya 100% yakin dgn ufun…. yak pernah selama ni sy join mana mana biz seumpama ni…. sebab sebelum kita join mana mana biz…. kita kena selidik biz tersebut secara mendalam… fahami segalanya memgenai syarikat mahupun biz tersebut…. selami dan fahami dahulu dari mana dtgnya keuntungan ahli… bukan setakat tgk lepas tu cakap tak tentu pasal… mana ada biz yg dapat keuntungan tanpa ahli mahupun pembeli… .. bezanya potensi ufun adalah jauh lebih besar dari mana mana biz seumpamanya…. selidik dan ketahuilah mengapa saya boleh cakap potensi dalam ufun adalah terlalu besar….

    Isu 3 bank tu… aiyoooo kalo kita tahu selidik dimana ada masalah… mengapa stop bila nampak keraguan… mengapa tak selidik lagi mengenai keraguan tu…. kalo keraguan tu anda boleh nampak… mustahil anda tak boleh selidik lebih sedikit mengenainya…. hint…. selidik mengenai kesahihan bank berkenaan melalui website officially dari setiap negara dimana bank berkenaan bertapak… apa yg saya lihat…. yessss memang bank tu semua tersenarai dalam list yg ada didalam setiap negara berkenaan…. so hapuskan keraguan anda… jika anda tanya mengapa tak amik bank tempatan… ada tak antara anda boleh bagitahu mana mana bank tempatan yg diberikan kuasa tuk buka international banking ….aiyaaaaa ufun for global… bukan tuk malaysia saja…. malah tak ramai ahli ufun dari malaysia … tak sampai pun 10%… gara gara semua punya mind set ala kadar…. tak nak tahu perkembangan luar… pesal tu malaysia semakin ketinggalan….

    Pesal list dlm bank negara … hahahahha…. yg ni lucu … bila kena explain semua tak nak dgr… nampak sangat anda cuba tuk memburukkan ufun semata…. bayangkan anda mempunyai sebuah biz yg mematuhi undang undang dan punyai laman web sendiri…. tetiba ada sorang drpd rakan anda cuba tuk mempromosikan biz anda dalam laman web peribadinya… then tetiba info rakan anda tu tak betul sehingga bank negara memutuskan yg anda menyalahi undang undang dan website rakan anda tu diberi senarai hitam oleh bnm…. apa perasaan anda… adakah anda turut bersalah dan patut dikenakan tindakan yg sama walaupun anda tahi bahawa biz anda mematuhi undang undang ….

    Kalo perumpamaan tersebut masih tak menjawab persoalan anda…. bermakna anda perlu bersikap lebih terbuka tuk beri komen dan mendengar komen org lain…..

    Akhir kata…. selidik sehingga ke akar umbi…. bukan stop bila nampak keraguan….

    Yoooo…. singapore dah 6 tahun ada bitscoin…. kini dah diterima pakai seluruh dunia… malah pm hindia suruh rakyatnya melabur dlm bitscoin… Bill gates sendiri menyatakan masa depan kewangan adalah pada digital currency spt bitscoin…. cuba anda selidik bitscoin dan bandingkan dgn ufun…. mana satu lagi boleh diyakini…. bertindak atas fakta bebs…. dont just shout and let it go….

    Jika anda berminat nak join ufun whatsapp sy kat … 0109477378

  2. Cuba masuk kembali website tu wahai tuan yg bijaksana… perhatikan bahawa sc sendiri menyatakan bahawa list mereka adalah berdasatkan list drpd bank negara…. then jika tak ada dlm list bnm tuu rasanya dri mana dpt official rasmi website tu…. jima tuan pernah masuk blog yg tetsenarai dlm bnm tu… yesss kesemua official website ufun ada dlm tu… then dari mana rasanya website tu diambil ya…. cuba renungkan sebentar….

  3. ibu dan bapa saya ada join ufun ni…tapi sya tetap xfhm..adakah ianya skim cepat kaya…atau example bagi 1000 then dalam bpe bulan kita dpat dua kali ganda dari seribu tu…mcm mana yer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge