UFUN / UTOKEN Skim Yang Menragukan

Saya tidak mempunyai pendapat seperti pada artikel yang lepas (UFUN / UTOKEN Skim Cepat Kaya Dan Scam). Cuma ada beberapa yang saya dapati ada betul apa yang ditulis oleh Tuan Azizi Ali.

Pertama adalah senarai yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ufun Club tersenarai di situ bersama-sama dengan website official mereka dan mereka tiada lesen untuk menjalankan aktiviti perlaburan. Rujuk laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 

ufun

 

Yang kedua adalah mengenai 3 institusi kewangan yang menjadi tulang belakang kepada syarikat tersebut. Masalahnya 3 buah institusi kewangan tiada kredibiliti dan terletak di tempat yang tidak diketahui. Kalau aktiviti yang dijalankan memang betul dan sah, kenapa tidak gunakan sahaja bank tempatan. Bukankah ini dapat meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia bahkan dapat membantu meningkatkan ekonomi Malaysia. Its a win win situation.

Ketiga adalah Syarikat BinaPuri sendiri tidak mahu dikaitkan dengan aktiviti UfunClub. Mereka juga telah menulis kepada Ufun Club supaya tidak mengaitkan mereka dengan aktiviti Ufun Club dan Utoken. Rujuk Web BinaPuri. Sekiranya Bina Puri tiada kaitan dengan Utoken bagaimana pula UfunClub sering mengaitkan Utoken dengan Bina Puri. Malah siap ada pakej untuk Resort House sekali. Jangan lah nanti dah join pakej Resort House, tiba-tiba Resort House tiada.

ufun utoken tipu

hmm apa pun ini cuma persoalan yang bermain di minda saya. Semoga ada yang mampu memberikan jawapan yang telus dan harap maju jaya.

2 thoughts on “UFUN / UTOKEN Skim Yang Menragukan

  1. Byk pakej tu nak kena tambah modal itu ini.. Eshare serupa dgn yslm share ka? Pastu kuar lagi umatrin.. Pasnih mungkin ugebang2020 share agaknya yg bakal muncul.. Sistem lebih kurang labur saham biasa. Cuma ikut trend katanya trend digital karensi kononnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge